Thursday

BE MY OWNSELF

hey yaaa! ouch. long time no update. so so so kesian. bila da semua kene block kat office ni so aku susah nak update blog tersayang aku ni. lagi nak buat renovation dalam blog ni? lagi lah susah. disebabkan my dear lappy da rosak so aku bergantung kat handphone murah aku untuk online. tu pon just meng-update twitter aku setiap hari. 


by the way, a lot of thing happen in late 3 and 4 months ni. kalau sesiapa yang rajin bukak blog aku ni mungkin ade yang perasan blog aku ni da tak di update lebih 3 bulan. SEE, pasal puase taun nipon aku takde story apa2. lagikan pasal raya?? ouh, damn. seriously! aku TAK RAYA weyh. kesian kan. cuti raya aku tak apply. due hari cuti am tu aku habiskan masa duduk rumah. and the worst things is, raya tahun ni aku tak balik kampung   LAGI. ya ALLAH, mesti semua kakak kakak sepupu aku meremang dengan aku. hish! 


kalau nak cerita pasal raya, memang tak de cerita best pon. actually aku nak kongsi siket situasi yang  berlaku dalam office aku ni. adoiyaii.ekh ekh, belom-belom da adoiyaii. aku tak tau lah yang aku ni gemuk sangat ke tak. mungkin aku nampak gemuk hasil dari segala lemak yang ketara bila aku tengah duduk. but, my weight still NORMAL for my BMI. bukan lah aku tak kisah aku ni gemok. semamangnya aku kisah. derrr, aku perempuan. so wajiblah aku jaga badan aku before aku bergelar isteri. kan? but, tolong jangan sibuk pasal berat badan aku. aku tak suruh sapa sapa jaga tepi kain aku pasal hal aku gemuk ke, berlemak ke or whatever. 


okay. ter-emo sikit. bukan ape. ade la sipolan binti sipolan ni mengamalkan diet dengan minum satu product ni. tak nak la sebut product tu. mesti semua orang tau. lagi2 lately ni product tu ade keluar kat tv. so mesti ramai yang tahu punye. aku tak kisah kalau dia nak kenalkan product tu kat aku. aku dengar jela. tapi sorry la sebab aku ni susah siket nak beli product yang berasaskan tepung ni. sebab aku ni kurang suke. lagi bila aku dengar harga dia melampaui batas duet semasa aku, so aku lagi lah kurang berminat. 


secara umumnye, aku ni tak suka berdiet. terus terang abes da ni. memang aku ade terfikir nak diet. tapi kebiasaannya aku diet just control kuantiti makanan aku je. tu dipanggil diet ke?? tak kisah lah ape pon. care aku nak kurangkan berat badan aku just kurangkan makanan je. kadang aku makan malam kadang tak. kadang seminggu tak makan malam. aku sedar yang berat badan aku berpunca dari lemak aku yang terkumpul ni. so sepatutnya aku kene exercise untuk bakar lemak lemak aku ni. susah nak cari time untuk aku berjoging sekarang ni. sangat susah. bila nak pegi joging pon boring sorang sorang. so hujung2 minggu aku keluarkan peluh dengan buat keje berat2 kat rumah. at least keluar peluh.


aku pernah tanya dekat encik abang aku tu. aku ni gemuk sangat ke? berat sangat ke?segan ke nak keluar dengan budak gemuk macam aku ni? okay, a lot of question actually. but satu je jawapan dia. TAK. sangat genaral jawapan tu. mungkin dia nak jaga hati aku atau mungkin dia ikhlas. tapi kalau aku gemok, dan dia tak ikhlas sayangkan aku, mesti dia da tinggalkan aku kan. lagi pun bukannya aku tak jaga badan. cume tak try harder for gain my ideal weight jee. 


ape yang buat aku annoying bila...... some people yang da loose weight tu berlagak, angkuh, bongkak dok cerita yang  dia da turn berat badan dengan muke riak. tak kisah lah awok tu da loose weight berapa banyak pun. bagi aku lah kan if setakat awak turun berat badan but your body shape still like before, so takde apa yang nak dibanggakan. kalau nak berlagak pon, bagi body shape tu berubah sekali.time tu awak tu nak angkoh mcam mane pon suke hati awak lah. 


one more thing la kan, jangan nak berubah jadi kurus, jadi cantik, just sebab boyfriend a.k.a pakwe a.k.a si jejaka. belom tentu jadi husband yunk oiii. kesimpulannya aku ade cara diet aku, awak ade caya diet awak. just follow the own way. okay?

kesempurnaan itu bukan hanya kecantikan luaran sahaja

kenapa perlu timbul isu ni? aku selalu perhatikan isu ni adalah isu yang sangat serius dikalangan wanita. okay sememangnye memang la kita perlu berias untuk cantik dan sebagainya. tapi jangan merendah diri dan mengatakan diri kita tidak cantik.  cemburukan orang lain kerana orang itu lebih cantik? tak salah cemburukan orang. tapi berpada. jika kita ingin cantik seperti orang lain, tak salah. ye. memang tak salah. tapi jangan kita jadi cantik atas niat nak menunjuk. haram jadinya. jangan jadi cantik untuk tarik perhatian orang. kita jadi cantik sebab kita perlu. bagi aku cantik tu subjektif.


orang nak jadi cantik disebabkan banyak perkara. tapi harus ingat kecantikan luaran itu hanya sementara. kisah aku, aku pernah cemburukan orang. dan orang tu adalah kawan baik aku sendiri. kecantikan rupa paras die yang putih, kurus, lembut dan free hair tu yang buatkan aku tergugat. ye. TERGUGAT. aku nak jadi cantik seperti die. sejujurnya aku mengaku yang aku terikut dengan flow yang kurang sihat. aku jadi free hair. kejap bukak kejap bertutup. pemakaian plak ketat kadang longgar. gara-gara nak cantik je. tapi bila aku tengok cermin, aku tau aku memang cantik. 


even aku tak mancung, aku tak de lesung pipit, takde muka yang putih gebu, bibir halus, muka halus lembut, kening yang cantik tapi aku tau ade yang tersirat di rupa paras aku ni. fesyen mengajar kita untuk belajar macam mane nak mencantikkan diri kita dengan pakaian. tengok zaman sekarang ni macam macam jenis pakaian, accessories dari kepala sampai la ke kaki. wanita yang kurang cantik pon boleh jadi cantik tau zaman sekarang ni. cume kita je kene belajar menggayakan semua tu. 



Pernah anda memandang wajah anda di cermin,kemudian merasa rendah diri kerana merasakan wajah anda tidak secantik kawan anda?


Kehadapan kak ayu.

saya tau akak selalu up to date blog saya ni. kalau akak terbaca entri ni khas untuk akak. bila akak tulis je bende tu hati saya rase bersalah sangat. saya tak tau kenapa. tapi terus terang saya tau status tu berpunca dari saya. mungkin kata kata pujian yang keluar dari mulut si pemuji itu membuatkan akak terasa atau kecik hati. janganlah rase teramat rendah diri. akak dengan saya sama-sama cantik. biar orang tak puji kita tapi kita kene biasakan puji diri kita sendiri CANTIK setiap hari. peduli la orang nak kate kita tak cantik ke gemok ke, buncit ke. mulut orang tak boleh tutup kak. 


saya perasan sejak kes tu akak terus berdiam diri. dengan saya pon akak nak tak nak je bercakap. saya terlalu cantik ke, lembut , baek? kata2 akak buat hati saya terguris. tak sedikit pon saya cuba untuk mengatasi akak. tak de niat pon.  jangan lah akak rase kata kata si pemuji buat akak down sampai macam ni. saya tau akak kuat. saya sangat tak suke bila orang down yang teramat disebabkan rase diri ni tak cantik. saya rindu nak bergurau dengan akak. :'(

ade sedikit research yang saya dapat cari untuk akak. 





Kecantikan menurut Syariat Islam

Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )



Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWTini,yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk :

01. Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.



harus bersyukur yang kita ni ade rupa paras yang cantik

02. Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.



mencantikkan diri tak salah tapi jangan sampai ianya jadi maksiat dan dosa

03. Wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.


tak salah pon nak cantik tapi bepada. ALLAH juaga sukakan hambanya yang kemas dan rapi. jangan sesekali memuaratkan diri hanya untuk menjadi cantik semata.





Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya 
( surah al-Tin ) 


setiap manusia yang ada di dunia ni sangat bertuah. mereka di kurniakan dengan pelbagi rupe bentuk. dari muka, badan dan warna kulit. fizikal itu semua ciptaanNYA tapi dalaman itu kita yang menbentuknya. kena ingat selalu yang kita sebagai manusia adelah sebaik kejadian yang ALLAH cipta. 




Firman Allah SWT :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah diri perbuatan kamu kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. ( Surah al – Baqarah 195 )


janganlah berubah atas dasar nk berlawan. nak menang. nak orang pandang. tak guna pon. kalau pun orang puji kita cantik tapi hakikatnya kita berpakaian cantik, ade rupa paras canti hanya untuk pujian, itu semua adalah DOSA. 

jika kita berpakaian cantik hanya menunjuk-nunjuk, kesannya? tarik laki untuk dekat dengan kita. tarik nafsu lelaki untuk tengok kita lama lama. mungkin akan ada wanita sebegini tapi kesannya pada wani tersebut? kita sendiri boleh fikir.



Sabda Rasullah SAW :
Barang siapa yang menipu,maka dia bukan dari kalangan kami


untuk jadi seseorang yang sempuna kita tak payah nak tipu diri sendiri. aku selalu tanam prinsip ni dalam hati " aku tak cantik tapi sebenarnye aku cantik, aku tak wangi tapi sebenarnya kau wangi. sejauh mane mereka mahu menilai keburukan aku, sejauh itu lah terserlahnya kecantikan aku " 




Firman Allah SWT :
Wahai anak-anak Adam!pakaillah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat.,dan makanlah dan minumlah,dan jangan pula kamu melampau-lampau,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.
( Surah al – A’raf :31 ) 


batas batas perlu dijaga. setaip perbuatan, percakapan, penglihatan semua ade batas. dalam pakaian pon ada batas. kita da cukup besar untuk berfikir. ALLAH itu bijak bagi kita akal untuk kita berfikir. so, gunakan. jangan persiakan.

p/s : sumber




secara kesimpulannya kecantikan fizikal memang kita perlu berusaha untuk membuatkan diri kita menarik. tak salah pon kau nak pakai ape. setiap orang ada citarasa masing masing. dan semuanya juga terpulang pada diri sendiri nak berhias macam mane. 


tak perlu lah terase down. anggap je orang yang cantik dari kita tu adalah semangat untuk kita berubah jadi yang lagi cantik. jangan di sebabkan kita rase die cantik dari kita, dapat pujian more better dari kita, kita rase kene down, frust, tertonggeng tonggeng sebab geram. tak perlu. 


so just chill and follow the flow. ^^v

Followers