Thursday

kesempurnaan itu bukan hanya kecantikan luaran sahaja

kenapa perlu timbul isu ni? aku selalu perhatikan isu ni adalah isu yang sangat serius dikalangan wanita. okay sememangnye memang la kita perlu berias untuk cantik dan sebagainya. tapi jangan merendah diri dan mengatakan diri kita tidak cantik.  cemburukan orang lain kerana orang itu lebih cantik? tak salah cemburukan orang. tapi berpada. jika kita ingin cantik seperti orang lain, tak salah. ye. memang tak salah. tapi jangan kita jadi cantik atas niat nak menunjuk. haram jadinya. jangan jadi cantik untuk tarik perhatian orang. kita jadi cantik sebab kita perlu. bagi aku cantik tu subjektif.


orang nak jadi cantik disebabkan banyak perkara. tapi harus ingat kecantikan luaran itu hanya sementara. kisah aku, aku pernah cemburukan orang. dan orang tu adalah kawan baik aku sendiri. kecantikan rupa paras die yang putih, kurus, lembut dan free hair tu yang buatkan aku tergugat. ye. TERGUGAT. aku nak jadi cantik seperti die. sejujurnya aku mengaku yang aku terikut dengan flow yang kurang sihat. aku jadi free hair. kejap bukak kejap bertutup. pemakaian plak ketat kadang longgar. gara-gara nak cantik je. tapi bila aku tengok cermin, aku tau aku memang cantik. 


even aku tak mancung, aku tak de lesung pipit, takde muka yang putih gebu, bibir halus, muka halus lembut, kening yang cantik tapi aku tau ade yang tersirat di rupa paras aku ni. fesyen mengajar kita untuk belajar macam mane nak mencantikkan diri kita dengan pakaian. tengok zaman sekarang ni macam macam jenis pakaian, accessories dari kepala sampai la ke kaki. wanita yang kurang cantik pon boleh jadi cantik tau zaman sekarang ni. cume kita je kene belajar menggayakan semua tu. 



Pernah anda memandang wajah anda di cermin,kemudian merasa rendah diri kerana merasakan wajah anda tidak secantik kawan anda?


Kehadapan kak ayu.

saya tau akak selalu up to date blog saya ni. kalau akak terbaca entri ni khas untuk akak. bila akak tulis je bende tu hati saya rase bersalah sangat. saya tak tau kenapa. tapi terus terang saya tau status tu berpunca dari saya. mungkin kata kata pujian yang keluar dari mulut si pemuji itu membuatkan akak terasa atau kecik hati. janganlah rase teramat rendah diri. akak dengan saya sama-sama cantik. biar orang tak puji kita tapi kita kene biasakan puji diri kita sendiri CANTIK setiap hari. peduli la orang nak kate kita tak cantik ke gemok ke, buncit ke. mulut orang tak boleh tutup kak. 


saya perasan sejak kes tu akak terus berdiam diri. dengan saya pon akak nak tak nak je bercakap. saya terlalu cantik ke, lembut , baek? kata2 akak buat hati saya terguris. tak sedikit pon saya cuba untuk mengatasi akak. tak de niat pon.  jangan lah akak rase kata kata si pemuji buat akak down sampai macam ni. saya tau akak kuat. saya sangat tak suke bila orang down yang teramat disebabkan rase diri ni tak cantik. saya rindu nak bergurau dengan akak. :'(

ade sedikit research yang saya dapat cari untuk akak. 





Kecantikan menurut Syariat Islam

Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )



Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWTini,yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk :

01. Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.



harus bersyukur yang kita ni ade rupa paras yang cantik

02. Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.



mencantikkan diri tak salah tapi jangan sampai ianya jadi maksiat dan dosa

03. Wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.


tak salah pon nak cantik tapi bepada. ALLAH juaga sukakan hambanya yang kemas dan rapi. jangan sesekali memuaratkan diri hanya untuk menjadi cantik semata.





Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya 
( surah al-Tin ) 


setiap manusia yang ada di dunia ni sangat bertuah. mereka di kurniakan dengan pelbagi rupe bentuk. dari muka, badan dan warna kulit. fizikal itu semua ciptaanNYA tapi dalaman itu kita yang menbentuknya. kena ingat selalu yang kita sebagai manusia adelah sebaik kejadian yang ALLAH cipta. 




Firman Allah SWT :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah diri perbuatan kamu kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. ( Surah al – Baqarah 195 )


janganlah berubah atas dasar nk berlawan. nak menang. nak orang pandang. tak guna pon. kalau pun orang puji kita cantik tapi hakikatnya kita berpakaian cantik, ade rupa paras canti hanya untuk pujian, itu semua adalah DOSA. 

jika kita berpakaian cantik hanya menunjuk-nunjuk, kesannya? tarik laki untuk dekat dengan kita. tarik nafsu lelaki untuk tengok kita lama lama. mungkin akan ada wanita sebegini tapi kesannya pada wani tersebut? kita sendiri boleh fikir.



Sabda Rasullah SAW :
Barang siapa yang menipu,maka dia bukan dari kalangan kami


untuk jadi seseorang yang sempuna kita tak payah nak tipu diri sendiri. aku selalu tanam prinsip ni dalam hati " aku tak cantik tapi sebenarnye aku cantik, aku tak wangi tapi sebenarnya kau wangi. sejauh mane mereka mahu menilai keburukan aku, sejauh itu lah terserlahnya kecantikan aku " 




Firman Allah SWT :
Wahai anak-anak Adam!pakaillah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat.,dan makanlah dan minumlah,dan jangan pula kamu melampau-lampau,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.
( Surah al – A’raf :31 ) 


batas batas perlu dijaga. setaip perbuatan, percakapan, penglihatan semua ade batas. dalam pakaian pon ada batas. kita da cukup besar untuk berfikir. ALLAH itu bijak bagi kita akal untuk kita berfikir. so, gunakan. jangan persiakan.

p/s : sumber




secara kesimpulannya kecantikan fizikal memang kita perlu berusaha untuk membuatkan diri kita menarik. tak salah pon kau nak pakai ape. setiap orang ada citarasa masing masing. dan semuanya juga terpulang pada diri sendiri nak berhias macam mane. 


tak perlu lah terase down. anggap je orang yang cantik dari kita tu adalah semangat untuk kita berubah jadi yang lagi cantik. jangan di sebabkan kita rase die cantik dari kita, dapat pujian more better dari kita, kita rase kene down, frust, tertonggeng tonggeng sebab geram. tak perlu. 


so just chill and follow the flow. ^^v

Followers