Monday

berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata kata.

kita di ajar dari sekolah rendah lagi tentang adab2 percakapan dan perbuatan. setiap apa yang kita lakukan semuanya kene beradab. dalam cerita aku hari ni aku lebih fokuskan cerita sekeliling. sebelum aku nak bercerita tentang keadaan sekeliling, aku nak cerita kisah aku dulu.


sapa yang follow blog aku dari awal lagi mesti tau perangai aku macam mane. keras kepala yang teramat.dan jugak kuat memberontak. lelaki yang pernah rapat ng aku sangatlah paham aku macam mne. kalau family, lagi la paham perangai aku ni. alhamdulillah si dia boleh bertahan dengan aku.


disebabkan aku ni buruk siket perangai so mulut aku pon agak buruk jugak bile berkata2. susah nak jage pertuturan tu yang orang suke labelkan aku 'mulut cakap lepas'. selalu orang kate 'jangan cakap ikot sedap mulut je. nanti membinasakan' aku da rase bende tu. tersangat pahit. malah aku rase disebabkan mulut aku jugak lah aku sengsara. tapi ade satu kejadian yang buat aku bukak mate dan belajar untuk try buang pelan-pelan perangai buruk aku tu agar tak menyusahkan orang lain ng diri aku jugak.


alhamdulillah sekarang aku mungkin boleh kurangkan sedikit. not very out spoken and straight all the time. aku tak nak buat si dia marah,tak nak buat family aku marah. stop cerita pasal aku, aku nak bercerita pasal orang sekeliling aku plak. hidup kita ni mengajar kita kan? selama mane kita hidup selama tu kita belajar macam macam perkara. macam macam perkara jugak kita dalam rasa, lihat, dengar. aku ada kenal beberapa lelaki dulu yang suka bercakap ikot sesedap lidah die je. 


kalau dulu aku jadi marah, geram, benci if lelaki sesukehati je nak cakap macam macam pasal aku. tapi logiknya bila aku pikir semula sifat lelaki ni keras,tegas. so if lelaki ade pertuturan agak lancang tu bagi aku adalah normal. tapi untuk perempuan yang bermulut lancang atau senang cakap mulut kurang ajar adalah sangat tak sopan. kalau kita perhatikan zaman sekarang ni perempuan punye suare da same je. care gelak, care cakap. perhatikan bile kita kat tengah lepak kat mamak, atau tempat tempat terbuka macam taman ke mesti akan ade group perempuan yang bercakap sebolehnye nak kuat. tu baru bercakap, belom lagi ketawe besar besar. 


ni situasi mase kat kedai tomyam nak beli makanan untuk dinner . badan letih, dengan lapanye. tuhan je tahu. nasib aku sampai kedai orang tak de. so abang tu amek order kat aku and confirm terus masak punye. than x sampai 2 minit abg tu pergi datang la budak2 perempuan dua moto. setiap satu moto sume double. so meaning ade 4 orang budak perempaun yang datang kedai tu.


dorang datang than terus duduk kat belakang meja tempat aku duduk. dalam hati adu da berdesis "kenape banyak banyak tempat, kat belakang aku jugak dorang nak duduk?" than aku diam dan terus tunggu makanan aku. bile ade abang tu datang kat budak2 tu suasana sunyi yang mulanya aku dengar souara dari tv je jadi bingit. tahu kenapa? budak-budak perempuan tu bersuara mengalah bunyi kereta yang lalu lalang.  dalam fikiran aku, kenapa perlu bersuara tinggi? sedangkan tak de customer pon kat situ. kenapa perlu cakap kuat2 siap gelak2 macam tekak tercabut? nak tarik perhatian abg yang ambil order tu ke? atau memang suare dorang macam tu?


1st impression aku, MELUAT
2nd impression aku, BUDAK TAK ADA ADAB


bukan nak cakap aku ni baik atau apa. tapi aku as customer yang ade kat situ boleh pikir apa yang patot dengan tak patot. kenapa aku meluat? sebab perlu ke cakap kuat untuk order makanan? bukan abang tu jauh 3 batu pon. abang tu kat sebelah je. so no need nak cakap kuat2. kenapa aku kate dorang budak tak de adab? sebab perlu ke dorang cakap perkataan lucah dan haram depan abang tu dengan nada kuat macam nak terkeluar anak tekak? 


bayangkan kalau ada customer yang bawak family, anak2 dorang dengar budak2 tu mencarut, cakap bende lucah2? apa yang aku perhatikan budak budak sekolah rendah mahupun budak sekolah menengah da tak tau care dan adab nak bercakap. hialng rase hormat orang sekeliling. kenapa boleh jadi macam tu pon aku tak tau nak cakap. kalau dulu masa zaman aku sekolah, bila ade orang cakap 'ko ni kurang ajar la' mesti budak tu akak balas balik ' sebab aku kurang aja la aku pergi sekolah. bia cikgu ajar aku jangan jadi budak kurang aja' . kalau serang kita cakap orang lain kurang ajar lagi kite yang dibentaknye, kite yang dipukulnya dan kita yang dimakinya. perasan kan perubahan budak2 sekarang? susah nak bendung kalau diri sendiri tak nak berubah.


dulu aku selalu labelkan orang yang ckap lepas adalah mulut tak de insuran.
cakap lepas=mulut tak de insuran=mulut longkak=kurang ajar



kalau sekarang nak label ape plak?? stop cerita pasal budak2, cerita pasal orang dewasa pon ade tau. kadang aku terfikir. bila dekat dengan orang yang cakap ikot sedap mulut je aku jadi paham. kalau dulu aku selalu cakap lepas je dengan orang yang dekat ng aku. biasanya time marah lah. time marah lah setan2 naek kepala penuhkan telinga aku jadi penghasut.bile ade orang yang berperangai macam tu aku jadi paham ape perasaan orang yang kene bias tu. 


dan aku mula fikir mesti saket hati orang yang kene tu. mesti pedih je hati dorang tu. kalau dorang tu parents kita? apa dorang rase? kalau orang tu kawan kita? boyfriend kite? sensitivity orang sekarang sangat lah rendah. sehinggakan kadang2 aku jadi malu bila ade budak2 sekolah yang menjerit2 bila ketawe, bercakap sekuat hati smpai nak hilang suare. kalau bergado lagi selagi tak lunyai si mangse selagi tu dipukulnya. kalau kita perasan semuanya berpunca dari pada MULUT. kerana mulut badan binasa. so, beringat lah. aku jagak kene beringat supaya tak menyakitkan hati orang yang aku sayangi. 




 

Friday

tak boleh paksa orang untuk suka kan kita :)

pengalaman aku sepanjang aku sekolah sampai lah sekarang buat aku bukak mata. dari aku sekolah tadika lagi aku pernah di benci pernah di caci. dunia ni realiti. ape yang kita nampak rasa dan pegang tu adalah suatu pengalaman yang berharga. okay, da merepek kerepek da ni.


tak ada ape pon nak kongsi cume due tiga menjak ni aku terasa agak down siket. secara jujurnya aku bukan senang rasa down. mungkin pressure tu selalu la aku rasa. tapi bile aku rase down aku jadi senang give up. aku akui bile masuk je alam pekerjaan aku akan terasa pressure yang amat.


bezanya kerja di office dengan tempat2 yang pernah aku keje tu sangat ketara. memang lah duduk office sejuk, best je sebab duduk sepanjang masa. tapi bile busy?? mak aiii. tak terase macam duduk kat kerusi je. bila busy jugak la kadang kita tak perasan yang kita lakukan kesilapan. 5 bulan aku keje kat dalam office aku terase giler segala macam pressure. aku tak nak la cakap aku ni budak baru. sebab da lame keje kan? so aku no logger a newbie.


disebabkan kerja2 aku berkait so bila aku buat salah akan sentiasa ada orang yang check everything keje2 aku tu.before semua kerja2 aku tu di pass to person who in-charged, semua kerja2 aku tu akan dipass dulu kepada kakak kakak di bawah department yang sama dengan aku. okay senang citer senior2 aku lah kan. so mereka yang akan check semua keja2 aku. senonoh ke tak, complete ke tak, ape ape pon lah. disebabkan kerja mereka pon melambak bile dapat kertas2 keje aku yang have a lot of mistake mereka confirm attack aku.


banyak kali jugak sebenarnye mereka marah aku. tapi biasalah bile situasi yang teramat busy aku tak boleh control untuk tak buat salah. aku pon dalam proses nak reduce mistakes yang aku buat. bukan aku sengaja nak buat salah. kalau aku saja saja nak buat salah tu memang aku tak normal la kan. cari masalah tu namenye.


bila aku kena attack with two person bertubi tubi aku terase sakit hati. kenapa? okay. 1st aku je satu satunya budak under department aku yang di campak kat warehouse. yang sama2 department aku semua di HQ. so kiterang terpisah dari aku start keje sampai la sekarang. even aku dapat kenal sorang je dari department aku tu pon seminggu sekali datang tok tolong aku. yang lain2 memang tak pernah jumpe. 2nd aku susah nak berkomunikasi dengan mereka. if aku ade problem kebanyakkannye aku fix sendiri atau call akak yang aku jumpe seminggu sekali tu je.


communication aku dengan kakak kakak senior aku sangat lah kurang. bukan aku tak cube. aku cube email kadang aku cube tanya elok2 tapi email tak bebalas tahu2 je bile sampai mase nak closing every week aku dapat email marah marah. yes! memang kalau tak tahu tanya. macam mane nak tanye lau semua email aku tak pernah dibalas? aku tau aku lah paling muda di kalangan kakak kakak yang sama department dengan aku. aku terlalu respect kat mereka. tapi bile da marah bertubi tubi aku rase aku tak de ruang untuk bersuara.


sememangnya aku bukan orang yang siket siket nak mengadu dengan bos. if aku ade mis-communication sekali pon sebolehnye aku nak keep bende tu and try to solved everyting alone. because i know all mistake came from me. so buat pe nak masuk camporkan orang lain dalam hal aku kan? obviously tak patot nak masokan orang lain.


aku jenis yang suke dengar semua teguran by face to face. orang putihnye cakap macam tu. orang melayu cakap better berdepan. tak pon call je aku  ni. tekan ext 25 than dengar la suare aku tu. paham la sendiri kan if sms pon orang tu tak marah in realiti but kite bace sms tu kite boleh rase orang tu marah kita kan?? so sama macam email. mis-understanding senang sangat berlaku if kite tersalah anggap.


aku jugak bukan a person yang suke pakse orang untuk suke aku, minat aku ke ape semua tu. aku tau kesalahan yang aku buat tu kadang menyusahkan kakak kakak tu. macam aku kate aku try reduce kesalahan and kalau boleh aku nak buat zero mistake. aku tak nak cakap aku ni tak sempurna and semua orang akan buat kesalahan. pada realitinya memang manusia tak lari buat keselipan. tapi prinsip aku yang aku pegang sekarang " we are not perfect but we can make it perfect "apa apa yang kita buat mesti nak sempurnakan? so macam aku, aku try sehabis boleh nak nampak ape yang aku buat tu perfect.


bila da rase down aku perlukan orang untuk dengar masalah aku. dan macam biase confirm meleleh laa. sebab aku ni kan berhati lembut dan mudah menangis. so jangan tanye kenapa aku mudah menangis bila aku meluahkan perasaan kat orang. okay. habis cerita da. :D









Followers