Monday

berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata kata.

kita di ajar dari sekolah rendah lagi tentang adab2 percakapan dan perbuatan. setiap apa yang kita lakukan semuanya kene beradab. dalam cerita aku hari ni aku lebih fokuskan cerita sekeliling. sebelum aku nak bercerita tentang keadaan sekeliling, aku nak cerita kisah aku dulu.


sapa yang follow blog aku dari awal lagi mesti tau perangai aku macam mane. keras kepala yang teramat.dan jugak kuat memberontak. lelaki yang pernah rapat ng aku sangatlah paham aku macam mne. kalau family, lagi la paham perangai aku ni. alhamdulillah si dia boleh bertahan dengan aku.


disebabkan aku ni buruk siket perangai so mulut aku pon agak buruk jugak bile berkata2. susah nak jage pertuturan tu yang orang suke labelkan aku 'mulut cakap lepas'. selalu orang kate 'jangan cakap ikot sedap mulut je. nanti membinasakan' aku da rase bende tu. tersangat pahit. malah aku rase disebabkan mulut aku jugak lah aku sengsara. tapi ade satu kejadian yang buat aku bukak mate dan belajar untuk try buang pelan-pelan perangai buruk aku tu agar tak menyusahkan orang lain ng diri aku jugak.


alhamdulillah sekarang aku mungkin boleh kurangkan sedikit. not very out spoken and straight all the time. aku tak nak buat si dia marah,tak nak buat family aku marah. stop cerita pasal aku, aku nak bercerita pasal orang sekeliling aku plak. hidup kita ni mengajar kita kan? selama mane kita hidup selama tu kita belajar macam macam perkara. macam macam perkara jugak kita dalam rasa, lihat, dengar. aku ada kenal beberapa lelaki dulu yang suka bercakap ikot sesedap lidah die je. 


kalau dulu aku jadi marah, geram, benci if lelaki sesukehati je nak cakap macam macam pasal aku. tapi logiknya bila aku pikir semula sifat lelaki ni keras,tegas. so if lelaki ade pertuturan agak lancang tu bagi aku adalah normal. tapi untuk perempuan yang bermulut lancang atau senang cakap mulut kurang ajar adalah sangat tak sopan. kalau kita perhatikan zaman sekarang ni perempuan punye suare da same je. care gelak, care cakap. perhatikan bile kita kat tengah lepak kat mamak, atau tempat tempat terbuka macam taman ke mesti akan ade group perempuan yang bercakap sebolehnye nak kuat. tu baru bercakap, belom lagi ketawe besar besar. 


ni situasi mase kat kedai tomyam nak beli makanan untuk dinner . badan letih, dengan lapanye. tuhan je tahu. nasib aku sampai kedai orang tak de. so abang tu amek order kat aku and confirm terus masak punye. than x sampai 2 minit abg tu pergi datang la budak2 perempuan dua moto. setiap satu moto sume double. so meaning ade 4 orang budak perempaun yang datang kedai tu.


dorang datang than terus duduk kat belakang meja tempat aku duduk. dalam hati adu da berdesis "kenape banyak banyak tempat, kat belakang aku jugak dorang nak duduk?" than aku diam dan terus tunggu makanan aku. bile ade abang tu datang kat budak2 tu suasana sunyi yang mulanya aku dengar souara dari tv je jadi bingit. tahu kenapa? budak-budak perempuan tu bersuara mengalah bunyi kereta yang lalu lalang.  dalam fikiran aku, kenapa perlu bersuara tinggi? sedangkan tak de customer pon kat situ. kenapa perlu cakap kuat2 siap gelak2 macam tekak tercabut? nak tarik perhatian abg yang ambil order tu ke? atau memang suare dorang macam tu?


1st impression aku, MELUAT
2nd impression aku, BUDAK TAK ADA ADAB


bukan nak cakap aku ni baik atau apa. tapi aku as customer yang ade kat situ boleh pikir apa yang patot dengan tak patot. kenapa aku meluat? sebab perlu ke cakap kuat untuk order makanan? bukan abang tu jauh 3 batu pon. abang tu kat sebelah je. so no need nak cakap kuat2. kenapa aku kate dorang budak tak de adab? sebab perlu ke dorang cakap perkataan lucah dan haram depan abang tu dengan nada kuat macam nak terkeluar anak tekak? 


bayangkan kalau ada customer yang bawak family, anak2 dorang dengar budak2 tu mencarut, cakap bende lucah2? apa yang aku perhatikan budak budak sekolah rendah mahupun budak sekolah menengah da tak tau care dan adab nak bercakap. hialng rase hormat orang sekeliling. kenapa boleh jadi macam tu pon aku tak tau nak cakap. kalau dulu masa zaman aku sekolah, bila ade orang cakap 'ko ni kurang ajar la' mesti budak tu akak balas balik ' sebab aku kurang aja la aku pergi sekolah. bia cikgu ajar aku jangan jadi budak kurang aja' . kalau serang kita cakap orang lain kurang ajar lagi kite yang dibentaknye, kite yang dipukulnya dan kita yang dimakinya. perasan kan perubahan budak2 sekarang? susah nak bendung kalau diri sendiri tak nak berubah.


dulu aku selalu labelkan orang yang ckap lepas adalah mulut tak de insuran.
cakap lepas=mulut tak de insuran=mulut longkak=kurang ajar



kalau sekarang nak label ape plak?? stop cerita pasal budak2, cerita pasal orang dewasa pon ade tau. kadang aku terfikir. bila dekat dengan orang yang cakap ikot sedap mulut je aku jadi paham. kalau dulu aku selalu cakap lepas je dengan orang yang dekat ng aku. biasanya time marah lah. time marah lah setan2 naek kepala penuhkan telinga aku jadi penghasut.bile ade orang yang berperangai macam tu aku jadi paham ape perasaan orang yang kene bias tu. 


dan aku mula fikir mesti saket hati orang yang kene tu. mesti pedih je hati dorang tu. kalau dorang tu parents kita? apa dorang rase? kalau orang tu kawan kita? boyfriend kite? sensitivity orang sekarang sangat lah rendah. sehinggakan kadang2 aku jadi malu bila ade budak2 sekolah yang menjerit2 bila ketawe, bercakap sekuat hati smpai nak hilang suare. kalau bergado lagi selagi tak lunyai si mangse selagi tu dipukulnya. kalau kita perasan semuanya berpunca dari pada MULUT. kerana mulut badan binasa. so, beringat lah. aku jagak kene beringat supaya tak menyakitkan hati orang yang aku sayangi. 




 

No comments:

Followers